fbpx

Piala ACC: Rekod baik KL City akhirnya lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERAKSI atas permukaan rumput tiruan juga seakan turut menghadirkan kesukaran buat KL City untuk cipta kemenangan ketiga. - KL CITY

SINGAPURA – Hasrat Kuala Lumpur City untuk mengekalkan rekod bersih di Kejuaraan Kelab Asean (ACC) tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada kelab Singapura, Lion City Sailors di Stadium Jalan Besar, sebentar tadi.

Sebaliknya keputusan itu seakan menjadi detik kebangkitan buat Lion City Sailors yang berjaya menghasilkan kemenangan sulungnya pada penyertaan kali ini.

Terdahulu, kedua-dua pasukan seakan mengambil sedikit masa untuk ‘membaca’ permainan apabila tidak banyak gerakan merbahaya berjaya dihasilkan.

Bagaimanapun, minit ke-26 penyokong tuan rumah akhirnya ceria untuk meraikan gol pertama perlawanan menerusi ketua pasukan, Bailey Colin Wright.

Seterusnya, penyerang Lion City Sailors, Shawal Anuar sering kali menghadirkan situasi cemas buat benteng KL City namun tiada tambahan jaringan mampu dihasilkan hingga tamat babak pertama.

Kelebihan satu gol nyata belum menghadirkan kepuasan buat tuan rumah yang terus menggandakan asakan dan kali ini giliran pergerakannya seakan lebih tertumpu kepada kelincahan Maxime Lestienne.

Ketika KL City terus bekerja keras untuk memburu gol penyamaan, gerakan satu dua bersama Bailey Colin Wright pada minit ke-66 membuka ruang buat Lestienne meledak jaringan kedua Lion City Sailors.

Selepas ini The City Boys dijadualkan menentang wakil Vietnam, Công An Ha Noi FC pada 23 Januari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI