fbpx

Penuntut Unisel maut nahas kereta bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dinaiki mangsa selepas bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 13, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Sungai Asap, Gua Musang hari ini.

 

GUA MUSANG – Seorang penuntut Universiti Selangor (Unisel) maut, manakala tiga ahli keluarganya parah selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 13, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Sungai Asap di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.20 pagi itu, mangsa, Muhammad Aliff Najmi Abdul Hadi, 20, yang berada di tempat duduk belakang kereta jenis Proton Saga meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, bapa tiri kepada mangsa yang berusia 36 tahun memandu sebuah kereta jenis Proton Saga dengan membawa Muhammad Aliff Najmi, ibu dan adiknya dari arah Gua Musang ke Kuala Krai.

“Keluarga itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Agropolitan Rantau Manis di sini. Semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Pemandu sebuah kereta Proton Iswara yang berada di laluan tersebut memberi lampu amaran, namun kereta itu terus melulu masuk ke jalan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang berada di belakang,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Choon Foo memberitahu, keadaan itu menyebabkan kereta Proton Iswara mengelak ke sebelah kiri dan merempuh penghadang batu di tepi jalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI