fbpx

Peniaga kedai permainan didakwa miliki 148 senjata tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Muhammad Faezyl (kiri) didakwa memiliki 148 senjata tiruan di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang pengusaha kedai borong permainan mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki 148 laras senjata tiruan pada Ahad lalu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Wan Muhammad Faezyl Wan Mansor, 31, membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki sembilan laras senjata palsu tiruan di premis perniagaannya di Bandar Baru Kijal, di sini pada pukul 2.30 petang, 5 Januari lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, Wan Muhammad Faezyl didakwa memiliki 139 laras senjata tiruan di kediamannya, di Kerteh di sini pada pukul 3.45 petang, 5 Januari lalu.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM6,000 dan seorang penjamin.Tarikh jatuh hukuman pula ditetapkan pada 13 Januari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI