fbpx

Nyaris terlepas kertas Sejarah, gara-gara tertidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar situasi cemas yang dihadapi seorang calon SPM apabila lewat tiba di sekolah.

PETALING JAYA – Seorang calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dilihat berlari-lari menuju ke dewan peperiksaan disebabkan lewat tiba di sekolah.

Menerusi perkongsian beberapa video tular di media sosial, difahamkan pelajar terbabit tiba di pekarangan sekolah sekitar 15 minit terakhir sebelum peperiksaan kertas Sejarah 1 tamat.

Dari perkongsian tersebut, seorang individu mendakwa pelajar terbabit lewat disebabkan tertidur dan selepas dihubungi pihak sekolah, dia bergegas hadir ke sekolah.

“Gara-gara tertidur, lagi 15 minit nak tamat kertas Sejarah (K1), baru sampai sekolah,” katanya.

Sementara itu, video pendek berdurasi 10 saat tersebut turut memaparkan gelagat beberapa guru yang tetap memberi semangat kepada pelajar terbabit untuk menjawab peperiksaan kertas Sejarah meskipun sudah lewat.

“Lari-lari lagi. Cepat ke sana itu dik. Terus sahaja ikut sini, cepat,” kata beberapa guru yang menyambut kehadiran pelajar tersebut di pintu sekolah sambil menunjukkan laluan ke arah dewan peperiksaan.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai dan rata-ratanya turut mengingatkan ibu bapa agar cakna dengan jadual peperiksaan anak-anak terutama yang sedang menduduki ujian penting seperti SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Bukan cikgu yang kena kelam kabut cari anak murid, mak ayah juga perlu pantau anak, ambil tahu bila peperiksaan anak-anak, ingatkan anak,” tegur Nuralin.

“Budi bicara ketua pengawas juga untuk benarkan pelajar lewat ini masuk. Adik-adik yang sedang exam (peperiksaan), jangan leka, kalau belajar sampai lewat malam pun, jangan sampai tak terbangun untuk pergi jawab peperiksaan. Sia-sia sahaja nanti,” pesan Mohd. Syafiq. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI