fbpx

Mayat lelaki terapung di Sungai Damansara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui terapung di Sungai Damansara di belakang sebuah bangunan gudang di Seksyen 22 di sini, semalam.

SHAH ALAM – Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing dijumpai terapung di Sungai Damansara berdekatan sebuah gudang di Seksyen 22 di sini, semalam.

Penemuan mayat tanpa suntikan bacillus calmette guerin (BCG) dan dokumen pengenalan diri itu disedari pada pukul 11.14 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap dengan memakai baju-T berwarna merah hitam dan berlengan pendek.

Mangsa hanya memakai seluar panjang berwarna gelap.

“Pemeriksaan mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh si mati yang boleh menyebabkan kematiannya.

“Selain itu, tiada kesan suntikan BCG pada bahagian bahu kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam di sini untuk dibedah siasat pagi ini bagi mengenal pasti punca kematiannya.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Amzar Mohamad Shuffie di talian 013-6666657. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI