ALOR SETAR – Seorang lelaki ditemukan lemas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Gerigis, Jalan Datuk Kumbar di sini semalam.
Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, mangsa berusia 45 tahun itu ditemui pada pukul 6.58 petang.
“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.04 petang seterusnya menggerakkan jentera ke lokasi kejadian mangsa dipercayai terjatuh. Kerja pencarian awal dilakukan di sekitar tebing sungai dengan menggunakan bot secara permukaan air.
“Mangsa ditemukan pada pukul 6.58 petang setelah pasukan PPDA membuat selaman pertama pada 6.42 petang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE