PETALING JAYA – “Sebab lelaki tak kisah pun tentang gaya selfie (swafoto), gambar tak cantik, muka tak flawless (sempurna), gemuk, hitam, coklat.”
Itu respons seorang individu apabila terdapat persoalan mengapa majoriti para lelaki gemar membuat isyarat ‘bagus’ ketika bergambar.
Tambah individu berkenaan di ruangan komen di satu hantaran di Facebook, ia juga disebabkan lelaki bukanlah golongan yang complicated (rumit), tidak seperti wanita.
“Asalkan nampak muka, cukup. Tanda hadir. Bukan macam perempuan, angle (sudut) lari ‘satu auns’ pun riuh sekampung macam nak kiamat dunia,” tambahnya.
Shahrul Shahir pula berkata, adalah lebih baik mereka hanya menunjukkan tanda ‘bagus’ kerana ia tidak akan disalah tafsir oleh isteri masing-masing.
“Kalau tunjuk langit satu jari, nanti bini kata nak tambah bini seorang lagi pula,” ujarnya.
Berbeza pula dengan seorang lagi netizen, yang mengakui dan mendedahkan kenyataan itu adalah tepat.
“Betul lah. Tak tahu nak buat gaya apa. Tahu gaya ni sahaja,” akuinya. – KOSMO! ONLINE