fbpx

Lelaki 7 tahun simpan rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruth Trip (bawah) dan Jack Drever (atas) memotong rambut mereka untuk didermakan kepada sebuah badan amal. - Guinness World Records

LONDON – Sepasang warga United Kingdom menempa nama dalam Guinness World Records selepas mendermakan rambut panjang mereka kepada sebuah badan amal, lapor agensi berita United Press International semalam. 

Ruth Trip, 38, berjaya mencatatkan rekod untuk dermaan rambut terpanjang oleh wanita yang berukuran 170.18 sentimeter panjang kepada badan amal The Little Princess Trust pada September 2024. 

“Saya bercadang untuk memotong rambut dan mendermakannya kepada badan amal. Saya tidak menyedari bahawa ia boleh memecahkan rekod dunia,” kata Trip. 

Sementara itu, Jack Drever, 37, memecahkan rekod bagi kategori lelaki apabila dia mendermakan rambutnya sepanjang 88.9 sentimeter kepada badan amal yang sama pada Disember lalu. 

“Saya menghabiskan masa selama 7 tahun untuk menyimpan rambut panjang. Dermaan itu akan menjadi lebih baik untuk mengubah penampilan saya. 

“Saya juga nekad memecahkan rekod untuk menghulurkan sumbangan sebaik mungkin selain meningkatkan kesedaran terhadap badan kebajikan itu,” tambah Drever. – AGENSI

The Little Princess Trust akan menggunakan rambut yang didermakan untuk membuat rambut palsu bagi kanak-kanak menghidap kanser. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI