fbpx

KPM nafi kertas Sejarah SPM 2024 bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan berlaku kebocoran kertas Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024.

Menurut KPM, siasatan terperinci selesai dijalankan dengan mengambil kira semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.

“KPM mendapati dakwaan tersebut adalah tidak berasas.

“Tangkap layar yang ditularkan hanya mengandungi senarai tajuk dalam buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KPM memberitahu, tiada sebarang soalan dalam kertas Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM 2024 dipaparkan dalam mana-mana sebaran dan tangkap layar yang ditularkan.

Katanya, dakwaan ini tidak menepati definisi kebocoran yang ditetapkan mengikut prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan KPM.

“Semua calon SPM dinasihatkan untuk kekal tenang dan fokus dalam menghadapi peperiksaan.

“KPM sentiasa komited memastikan kerahsiaan kertas peperiksaan awam adalah terpelihara dan kepentingan serta keadilan kepada semua calon SPM 2024 adalah terjamin,” katanya.  -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI