fbpx

Kes anak Menteri ugut wanita dirujuk Timbalan Pendakwa Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan membabitkan seorang wanita diugut anak menteri telah lengkap dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Isnin lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi atau melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di negara ini.

“Polis sudah merakam percakapan semua pihak yang terlibat dan kertas siasatan dirujuk kepada TPR pada 6 Januari lalu selepas laporan polis dibuat oleh pengadu 1 Januari lepas.

“Pihak pendakwaan mengarahkan pegawai penyiasat untuk mendapatkan laporan pemeriksaan kandungan wanita yang dikatakan diugut anak menteri terbabit,” katanya.

Razarudin memberitahu, siasatan awal mendapati anak menteri itu sudah menikahi wanita yang dilaporkan mengandung seperti yang tular pada September lalu.

Justeru, katanya, PDRM sedang menunggu pengesahan sijil perkahwinan mereka bagi memperkukuhkan siasatan yang dibuat.

“PDRM tidak akan melindungi sesiapapun yang didapati terbabit dalam apa juga kesalahan meskipun ia membabitkan menteri atau ahli keluarga mereka.

“Siasatan adalah telus dan pihak polis akan mengheret mereka yang bersalah ke muka pengadilan,” ujarnya.

Terdahulu tular di aplikasi Telegram kes membabitkan anak menteri yang dilaporkan mengugut seorang wanita yang memintanya bertanggungjawab atas kandungan sejak tujuh minggu lalu.

Insiden itu dilaporkan berlaku ketika anak menteri terbabit sedang berbincang bersama wanita itu dan beberapa saksi lain di sebuah rumah di Butterworth, Pulau Pinang pada 24 Disember lalu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI