PETALING JAYA – “Lelaki mesti tunjuk ‘best’ (terbaik). Itu sajalah pattern (corak) lelaki sedunia ambil gambar.”
Itu kenyataan yang cuba ‘dirungkaikan’ oleh seorang bekas guru, Mohd Fadli Mohamed Salleh berkaitan gaya wajib para lelaki ketika bergambar.
Katanya lagi, gaya berkenaan tidak terhad kepada golongan lelaki Malaysia sahaja, malah seluruh dunia juga.
“Aku perhati gambar (lelaki) yang melintas, sama ada dalam atau luar negara,” ujarnya di Facebook.
Perkongsiannya itu mengundang pelbagai respons para netizen termasuk yang bersetuju dengan kenyataannya itu dan tidak kurang juga cuba menterjemah maksud di sebalik tanda ‘best’ tersebut.
“Kami lelaki ‘simple’ (ringkas). Orang tangkap gambar, kami tunjuk ‘best’,” kata seorang pengguna.
“Nak bagi tanda ‘peace’ (kedamaian) nanti orang kata nak tambah lagi satu cawangan pula,” komen Wahida Wassini.
“Jangan pecah rahsia, boleh tak?,” pinta seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE