fbpx

Didenda RM3,000 libas anak saudara guna mesin rumput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hanafi (kanan) didenda RM3,000 atas kesalahan mencederakan anak saudara perempuannya dengan mesin rumput di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Gara-gara terlalu mengikut amarah akibat berselisih faham, seorang pekerja kontrak pembersihan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana melibas anak saudaranya dengan mesin rumput hingga cedera.

Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Hanafi Ngah, 43, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya hari ini.

Tertuduh didakwa mencederakan dahi mangsa yang berusia 23 tahun dengan cara melibas wanita itu menggunakan mesin rumput di Kampung Teluk Kalong di sini pada pukul 4 petang, 22 Disember lalu.

Difahamkan, kejadian itu menyebabkan mangsa menerima 20 jahitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI