fbpx

[VIDEO] ‘Kalau Jefri ada segalanya tapi bukan playboy, itu saya risau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ameera berharap hubungan cinta dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol yang terjalin ketika ini kekal selama-lamanya.

PETALING JAYA – “Pastilah saya mahu hubungan dengan dia berkekalan.”

Sedang diulit bahagia, pempengaruh media sosial, Ameera Khan, 24, berharap hubungan cinta dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol yang terjalin ketika ini kekal selama-lamanya.

“Saya harap begitu, insya-Allah dan berdoa untuk terus bersama dengannya,” katanya dalam siaran langsung TikTok semalam.

Paling mencuri perhatian apabila Ameera yang bersiaran langsung untuk mempromosikan produk pemerah pipi (blusher) juga sedang membuat panggilan dengan Jefri.

Malah, Jefri turut mengusik Ameera dengan mempersoalkan respons diberi kekasihnya iaitu ‘i hope so’ (saya berharap) apabila ditanya mengapa memberi jawapan yang sebegitu.

Sementara, adik kepada selebriti Neelofa itu memberitahu dia berdoa agar hubungan mereka berkekalan.

“Insya-Allah sayang, pasti saya nak ‘end up’ dengan awak,” ujarnya kepada Jefri.

Dalam siaran langsung sama, Ameera juga dihujani dengan komen netizen yang melabel kekasihnya sebagai lelaki ‘red flag’.

“Dia playboy? Bagus! Lelaki kalau dia good looking, popular dan memiliki segala-galanya tetapi bukan playboy, saya akan lebih risau.

“Dia ‘red flag’? Saya nampak menarik dalam warna merah. Merah adalah antara warna yang sangat cantik.

“Saya boleh bergurau dengan semua komen anda sebab saya tidak mengambilnya secara serius sebab saya kenal dia secara peribadi tetapi anda tidak,” katanya lagi.

Ameera bagaimanapun berterima kasih kepada semua pihak yang bimbangkan dirinya tetapi menegaskan, dia berada dalam keadaan baik dan selamat.

Sejak kebelakangan ini, nama Ameera sering menjadi bahan bualan ramai apabila mengakui secara terbuka menjalin hubungan cinta dwngan Jefri.

Ameera baru-baru ini juga berasa lega dan syukur apabila keluarga turut menyokong hubungannya dengan Jefri selain dia tidak perlu untuk memenuhi kehendak mana-mana pihak kecuali individu terdekat.

Terdahulu, Jefri berdepan kecaman selepas membuat pendedahan pernah meniduri lebih 20 wanita selain berlaku curang terhadap pasangannya sehingga dilabel sebagai lelaki ‘red flag’.

Dia juga pernah mengakui menjamah daging babi untuk menambah berat badan sebagai persediaan sukan tinju. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI