fbpx

Jurugambar serang pasangan pereka fesyen dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang jurugambar diberkas selepas menyerang dan mencederakan dua pereka fesyen di ruang legar sebuah hotel di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian pada pukul 11 malam itu.

“Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan di lokasi kejadian. Kita turut merampas kamera yang digunakan sebagai senjata dalam kejadian tersebut.

“Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 53 dan 47 tahun mengalami kecederaan di pipi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kejadian dikatakan berpunca daripada isu peribadi yang berlaku antara suspek dan kedua-dua mangsa.

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Suspek direman selama dua hari bermula hari ini. Polis sudah mendapat arahan untuk menuduh lelaki itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok,” katanya.

Terdahulu media melaporkan pereka fesyen tersebut tidak menolak masalah hutang menjadi punca mereka diserang secara tiba-tiba oleh jurugambar dalam sebuah acara di Petaling Jaya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI