fbpx

Fandi miliki ‘senjata rahsia’ hadapi Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG import, Manuel Hidalgo sah tidak dapat sertai pasukan untuk berdepan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam esok. - SRI PAHANG

 

KUANTAN – Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad masih berahsia tentang calon pilihan yang akan mengambil alih tugas Manuel Hidalgo pada aksi menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam esok.

Pemain kelahiran Argentina itu melangsungkan perkahwinan dan akan kembali sertai pasukan, Ahad ini.

“Apa yang boleh saya katakan ialah Hidalgo tidak akan bermain pada aksi menentang Negeri Sembilan kerana masih bercuti manakala kedudukan Aleksandar Cvetkovic dan Stefano Brundo belum dapat dipastikan,” katanya.

Bagaimanapun jurulatih dari Singapura itu dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk memilih pemain terbaik di jentera serangan dimana Kpah Sherman dan Mykola Ahapov akan kekal di posisi masing masing.

Fandi juga pasti mahu menyenaraikan kesebelasan terbaik memandangkan Tok Gajah kini berdepan misi untuk perbaiki kedudukan pasukan dalam carta Liga Super.

“Buat sementara ini, tahap kecergasan dan prestasi pemain belum mantap. Tetapi kita akan berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI