fbpx

EPL: Hojlund tidak bimbang posisi dicabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOJLUND belum menemui sentuhan terbaik dalam saingan EPL apabila hanya meledak dua gol ketika ini. - AFP

MANCHESTER – Penyerang Manchester United, Rasmus Hojlund tidak risau dengan situasi yang dihadapi meskipun pasukan itu dikatakan sedang berkira-kira untuk membawa masuk penggempur baharu.

Bekas penyerang Atalanta itu menampilkan aksi cukup baik pada kempen Liga Europa musim ini apabila sudah meledak lima gol dalam enam penampilan, namun aksi itu tidak dapat diterjemah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Setakat ini, Hojlund baru meledak dua gol dalam 15 perlawanan Liga Perdana dan ia sedikit merisaukan memandangkan Marcus Rashford yang tidak mendapat banyak minit permainan memiliki lebih banyak gol dengan empat jaringan.

“Saya fikir saya sudah tunjukkan kemampuan yang dimiliki pada saingan musim lalu apabila menjadi penjaring terbanyak buat pasukan. Jadi, saya masih percaya dengan diri sendiri untuk terus menyumbang gol.

“Semua orang tahu saya masih muda, tetapi saya mahu pikul tanggungjawab tersebut. Sebab itu saya ambil keputusan untuk menyarung jersi nombor sembilan pada tahun ini kerana mahu naik ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Difahamkan, United sudah pun mengenal pasti dua calon terbaik untuk dibawa masuk ke United bagi menambah sengat jentera serangan, iaitu pemain Galatasaray, Victor Osimhen yang dipinjamkan dari Napoli serta penyerang Sporting Lisbon, Viktor Gyokeres.

Selain itu, ada juga spekulasi mendakwa The Red Devils turut berminat mendapatkan khidmat penggempur Paris Saint-Germain (PSG), Randal Kolo Muani yang turut diintai Tottenham Hotspur dan Juventus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI