fbpx

DSP Nazri didakwa bukan sebab kes tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nazri dibawa ke Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini bagi menghadiri perbicaraan kes bunuh yang dihadapinya. - FOTO oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Pegawai penyiasat kes bunuh pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, 17, tidak bersetuju dengan cadangan pembelaan bahawa pendakwaan terhadap Deputi Superintenden Mohd. Nazri Abdul Razak dijalankan segera berikutan kes tersebut tular di media sosial.

Sebaliknya, saksi pendakwaan ke-32, Asisten Superintenden Chua Sze Yuan, 38, berkata, pendakwaan terhadap Mohd. Nazri itu dibuat selepas mendapat izin pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan cadangan peguam bela, Datuk Mior Faridalathrash Wahid bahawa pendakwaan terhadap pegawai polis itu diteruskan meskipun beberapa laporan berkaitan kes tersebut belum tersedia.

Pada prosiding sama di Mahkamah Tinggi Ipoh, Sze Yuan juga tidak bersetuju dengan cadangan Mior Faridalathrash yang mengatakan beliau tidak terlibat langsung dengan sebarang siasatan pada 15 Disember 2023 ekoran siasatan kes tersebut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, beliau diminta membantu siasatan kes berkenaan meskipun mengambil alih kes pada 16 Disember 2023. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet disambung esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI