fbpx

Butiran mesyuarat Lembaga Pengampunan Titah Adendum tidak didedahkan – Dr Zaliha.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Zaliha pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Kiosk Sentuhan Madani di Pusat Membeli-Belah Alamanda, Putrajaya di sini, hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mengesahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan mengenai Titah Adendum Datuk Seri Najib Razak tidak akan didedahkan kepada umum.

Dr Zaliha yang juga salah seorang ahli dalam Lembaga Pengampunan berkata, butiran minit mesyuarat itu adalah perkara sulit dan ia adalah hak Lembaga Pengampunan.

“Minit mesyuarat adalah perkara sulit. Kita tak boleh buat perkara itu openlah (secara terbuka).

“Itu adalah hak Lembaga Pengampunan. Minit mesyuarat itu tidak akan didedahkan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kiosk Sentuhan MADANI di pusat beli belah Alamanda di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR yang juga Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, menyarankan kerajaan mendedahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan kepada umum bagi menghentikan spekulasi berhubung kewujudan Titah Adendum.

Shamsul Iskandar dilaporkan berkata, ia bagi memberi penjelasan sebenar mengenai titah tambahan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI