BATU PAHAT – Seorang buruh berdepan hukuman mati atau penjara 30 tahun serta 12 sebatan selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine awal bulan ini.
Tertuduh, Paisal Karok, 24, mengangguk faham, namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A. Rahman.
Lelaki itu didakwa mengedar methamphetamine seberat 3.080 kilogram (kg) di tepi premis makan Lamaisara Coner, Kampung Sungai Kajang, Batu Pahat pada pukul 11.30 pagi, 2 Januari lalu.
Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh. Sebutan semula kes dan lantikan peguam ditetapkan pada 13 Mac ini.-KOSMO! ONLINE