fbpx

Buaya tembaga Sungai Kelantan sesat semasa banjir masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor buaya tembaga masuk perangkap di pasang di kawasan parit Kampung Sakar Sungai, Pasir Mas hari ini.

PASIR MAS – Seekor buaya tembaga yang dipercayai tersesat dari Sungai Kelantan semasa banjir kira-kira dua bulan lalu memasuki perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di kawasan parit Kampung Sakar Sungai di sini hari ini.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kira-kira pukul 2.40 petang pada 1 Januari lalu selepas melihat seekor buaya di dalam parit di kampung itu.

“Jarak antara lokasi aduan dan Sungai Kelantan dianggarkan lebih kurang satu kilometer. Justeru, satu perangkap buaya dipasang di lokasi aduan pada 2 Januari lalu sebelum haiwan reptilia itu memasuki perangkap itu hari ini.

“Buaya tersebut dipercayai tersesat dari Sungai Kelantan semasa kejadian banjir yang berlaku pada penghujung November lalu,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI