fbpx

Bekas Pengerusi Felda Selancar 3 didenda RM22,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAAD didenda RM22,500 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini kerana memalsukan 15 cek milik peneroka Felda Selancar 3, Pahang berjumlah RM34,450, enam tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Perbuatan tidak bermoral seorang bekas bekas pengerusi sebuah rancangan Felda memalsukan 15 cek milik koperasi peneroka Felda Selancar 3, Pahang, enam tahun lalu membawa padah apabila didenda RM22,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Saad Razali, 68, masih mengekalkan pengakuan bersalah terhadap semua 15 pertuduhan pindaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Saad yang ketika itu merupakan Pengerusi Felda terbabit didakwa telah menggunakan cek milik Koperasi Peneroka Felda Selancar 3 Pahang Berhad atas nama lapan peneroka berlainan yang mana adalah palsu.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di Segamat dengan nilai RM600 sehingga RM5,000 bermula 27 September 2019 hingga Oktober 2021.

Mahkamah turut memerintahkan agar penjamin tertuduh dilepaskannya manakala wang cagaran dikembalikan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI