fbpx

Bekas pegawai pemasaran miliki bahan pengganas daesh dijel tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaini ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pegawai pemasaran berkelulusan Ijazah Sarjana Kejuteraan Elektrik dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki bahan berkaitan pengganas tahun lalu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap Suhaini Sarwan, 47, selepas wanita itu kekal mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama, Suhaini didakwa telah memiliki artikel-artikel berkaitan kumpulan pengganas daesh dan perbuatan pengganas di dalam komputer riba jenama Lenovo Thinkpad berwarna hitam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan Jalan Baiduri, Taman Daiman Jaya, Kota Tinggi, Johor pukul 2.20 petang pada 30 Mei 2024.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah memiliki item-item berkaitan dengan kumpulan pengganas daesh dan perbuatan pengganas di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, Johor pada waktu dan tarikh sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah perenggan 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 130JB(1) Kanun yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu.

Pertuduhan pertama dan kedua mahkamah menjatuhkan hukuman masing-masing tiga tahun. Bagaimanapun mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 30 Mei tahun lalu.

Terdahulu peguam Sazlindayu Kamarul Baharin yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan aladan pengakuan bersalah anak guamnya telah menjimatkan masa mahkamah.

“Tertuduh berusia 47 tahun dan berkelulusan Ijazah Sarjana dalam kejuteraan elektrik. Anak guam juga merupakan ibu dua anak yang berusia 14 dan 18 tahun. “Dalam kes ini tertuduh telah insaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” kata peguam itu.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh.

Pendakwaan dengan tegas mengatakan tindakan tertuduh yang memiliki item-item berkenaan mencenderungkan untuk tertuduh kepada perbuatan pengganas.

“Merujuk pada fakta kes hasil laporan daripada pakar mendapati pemilik kepada item-item ini mempunyai kecenderungan yang boleh mengancam keselamatan negara selain menggalakkan penggunaaan kekerasan terhadap perjuangan yang disokong,” kata Mohammad Fakhrurrazi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI