fbpx

Bekas banduan tak serik, dalangi sindiket dadah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMAR menunjukkan sebahagian dari pelbagai jenis dadah bernilai RM13.5 juta yang berjaya dirampas di stor penyimpanan dadah pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang bekas banduan tidak serik bergelar penjenayah apabila diberkas sekali lagi selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah sejak September lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, sindiket itu tumpas selepas pihaknya menahan lima suspek termasuk dua wanita dalam dua serbuan pada 5 Januari lalu dan semalam.

Menurut beliau, kesemua suspek merupakan golongan muda berusia 24 hingga 29 tahun dan tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.

“Dalang sindiket ini adalah bekas banduan yang bebas hukuman penjara pada 2022.

“Dalam serbuan itu, polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk 73.550 kilogram (kg) serbuk ekstasi, ketamin (20.296 kg), pil eramin 5 (2.925 kg) dan pil ekstasi (8 gram) dengan nilai keseluruhan RM13.59 juta.

“Turut dirampas peralatan pembungkusan dadah, tiga buah kereta, sebuah motosikal, barang kemas, wang tunai dan akaun syarikat dengan jumlah keseluruhan RM351,675.80,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Kumar memberitahu, nilai rampasan keseluruhan dadah dan barang sitaan adalah RM14.2 juta.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI