fbpx

Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, selatan bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda enam negeri bermula esok sehingga Ahad, 12 Januari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran diberikan ke seluruh kawasan di Melaka dan Johor, manakala di Terengganu pula melibatkan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Di Pahang pula, kawasan yang terkesan ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, serta Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan,” lapor MetMalaysia.

Dalam pada itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu di Sarawak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI