fbpx

ADHD bukan anak nakal, malas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kanak-kanak dengan ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) bukanlah nakal atau malas, sebaliknya mereka memproses dunia dengan cara berbeza.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi satu hantaran di Facebook baru-baru ini berkata, ADHD adalah gangguan perkembangan yang sering disalah tafsir sebagai sifat negatif seperti degil, malas atau tidak mendengar arahan.

“Kenapa dia tak boleh duduk diam? Kenapa asyik lupa dan lambat siap kerja? Ini antara soalan biasa yang sering dilontarkan terhadap anak-anak ADHD, tetapi adakah kita benar-benar faham apa yang mereka alami?” katanya.

PHM turut berkata, ADHD boleh muncul dalam tiga bentuk utama iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan impulsif.

“Anak yang mempunyai kurang tumpuan mudah terganggu, sering lupa, dan menghadapi kesukaran untuk mengurus tugasan. Mereka yang hiperaktif pula sentiasa bergerak, sukar duduk diam, dan sering kelihatan tidak penat.

“Bagi impulsif pula, mereka sering menyampuk, membuat keputusan secara terburu-buru, dan bertindak tanpa memikirkan akibat,” katanya.

Gambar yang dimuat naik oleh PHM.

PHM berkata, penting untuk masyarakat memahami bahawa kanak-kanak dengan ADHD bukanlah kurang upaya, tetapi mereka memerlukan pendekatan yang berbeza untuk cemerlang.

“Jika anda rasa anak anda atau seseorang yang anda kenal menunjukkan tanda-tanda ini, jangan ragu untuk mendapatkan penilaian daripada doktor atau pakar psikologi.

“Mereka boleh berjaya dengan sokongan, bimbingan, dan pemahaman yang betul,” katanya.

Hantaran itu turut menyeru masyarakat untuk lebih empati terhadap kanak-kanak ADHD dan membantu mereka membina masa depan yang cerah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI