fbpx

7 fokus utama hala tuju KPT 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAMBRY beramah mesra dengan mahasiswa pada Majlis Perutusan Tahun Baharu KPT 2025 di UTM, Johor Bahru hari ini. -Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menggariskan tujuh fokus utama hala tuju pendidikan 2025 selari dengan Pelan Pendidikan Tinggi 2025-2035.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, lima daripada tujuh fokus utama adalah lanjutan fokus tahun lalu.

“KPT menggariskan tujuh fokus utama iaitu lanjutan daripada tahun lalu sebanyak lima fokus dan kali ini kita tambah lagi dua kerana kita menyasarkan fokus yang diberikan tahun lalu perlukan satu kesinambungan.

“Lima fokus tahun lalu ialah Penyediaan Bakat Terbaik Negara, Kewibawaan Akademia dan Warga Kampus, Pemindahan dan Perkongsian Ilmu, Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi serta Governan Dan Kepemimpinan.

“Manakala penambahan dua fokus baharu ialah Kemampanan Kewangan IPT dan Infrastruktur, Digital Dan Kesejahteraan Kampus,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui slepas Majlis Perutusan KPT Tahun Baharu 2025 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Hadir sama ialah Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim.

Dalam pada itu, Zambry berkata, 10 agenda transformasi pendidikan tinggi yang menjadi tunjang utama ialah kaji semula kenaikan pangkat KPT, kenaikan pangkat ahli akademik di IPT, kebebasan bersuara di universiti (Akta 605), mengkaji semula akta institusi pengajian tinggi swasta (Akta 555) dan pindaan Akta 550 bagi politeknik dan kolej komuniti.

Tambahnya, lima yang lain ialah mewujudkan unit Unit Research, Development, Innovation, Commercialization, and Economy (RDICE) di setiap IPT, mengkaji beban kerja ahli akademik, mengkali IPT letak dibawah kerajaan negeri, struktur semula pejabat Education Malaysia (EM) dan pemusatan kemasukan antarabangsa.

Mengulas lanjut, Zamry berkata, KPT dalam proses membangunkan satu sistem untuk kemasukan pelajar antarabangsa ke Malaysia sebagai langkah pemusatan kemasukan pelajar golongan ini.

“Ia bagi memastikan kelayakan serta sijil yang dihantar melalui permohonan pelajar antarabangsa adalah sahih dan setaraf dengan kelayakan untuk memasuki ke institusi pengajian tinggi di negara ini.

“Sistem pemusatan pelajar antarabangsa ini akan menggunakan sistem algoritma dan teknologi ‘block chain’ yang dibangunkan

“Sistem ini membolehkan ia membuat pengesahan segera kelayakan dan sijil dikemukakan pelajar antarabangsa dengan Malaysia akan bekerjasama dengan negara asal pelajar antarabangsa yang membuat permohonan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI