fbpx

5 maut kebakaran hutan merebak di Los Angeles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta rentung di hadapan rumah terbakar semasa kebakaran Eaton di kawasan Altadena, Los Angeles, California semalam. - AFP

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Lima orang terbunuh, manakala sejumlah lagi cedera dalam bencana yang dianggap sebagai ‘kebakaran hutan paling memusnahkan dalam sejarah bandar raya Los Angeles’ lapor akhbar The Sun UK semalam.

Api yang marak di negeri California itu turut membakar beratus-ratus kediaman dan premis perniagaan.

Datuk Bandar Pasadena, Victor Gordo menyifatkan kebakaran meliputi kawasan seluas 4,289 hektar dan gagal dibendung itu sebagai ‘tragedi luar biasa’.

Angin kencang dan cuaca kering mencetuskan empat kebakaran besar iaitu di Palisades, Eaton, Hurst, dan Woodley. Ia kemudian merebak ke beberapa bandar dan kejiranan lain di Los Angeles.

“Seramai 100,000 orang dikenakan arahan berpindah mandatori dan hampir 100,000 lagi  diberi amaran untuk berpindah,” kata Gordo ketika merujuk kepada kebakaran Eaton.

Dalam masa beberapa jam selepas kebakaran Eaton marak, orang ramai dibawa keluar dari bangunan yang terbakar dan struktur yang musnah.

Ketua jabatan bomba tempatan, Chad Augustine berkata, api merebak pada kekuatan 112 kilometer sejam.

“Setakat ini (semalam), terdapat antara 200 hingga 500 struktur yang rosak atau musnah,” katanya.

Sementara itu, penyelia daerah Los Angeles, Catherine Marter memberi amaran kepada individu yang melakukan rompakan di kawasan kebakaran Eaton.

Lebih 8,093 hektar di empat kawasan Los Angeles terbakar sejak api merebak pada Isnin lalu.

Angin kencang di rantau itu pula menyukarkan usaha pasukan bomba untuk memadamkan api. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI