fbpx

[VIDEO] Penjaja didenda RM3,000 hina Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAIDI didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah membuat hantaran menghasut berbaur penghinaan melibatkan Yang di-Pertuan Agong menerusi aplikasi X, hujung tahun lalu di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang penjaja tepi jalan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat hantaran menghasut berbaur penghinaan melibatkan Yang di-Pertuan Agong menerusi aplikasi X, hujung tahun lalu.

Hakim Hazeelia Muhammad turut memerintahkan tertuduh, Zaidi Mat Sah, 56, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa telah membuat satu hantaran di aplikasi X menerusi akaun BitZ@zatocent yang mana kenyataan tersebut mendatangkan penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dia didakwa itu melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Jalan Sutera Kuning 2, Taman Sutera, di sini pada pukul 5.45 pagi, 29 Disember lalu.

Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Abdul Ghafar Ab. Latif memohon mahkamah memberi hukuman setimpal kepada tertuduh kerana kesalahan itu merupakan kesalahan serius.

Tertuduh dalam rayuannya memohon agar hukuman ringan diberi kerana telah insaf serta menyedari kesalahannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

“Saya seorang penjaja tepi jalan dan menanggung isteri serta anak masih kecil selain turut menjaga ibu mertua, kakak dan adik orang kurang upaya (OKU) terlantar.

“Saya juga ingin maklumkan kenyataan tersebut bukan tulisan asal saya, tetapi saya hanya ‘copy paste’ kemudian ‘repost’ sahaja. Saya terkhilaf dan tidak tahu ia merupakan kesalahan 3R (kaum, agama, raja),” katanya yang tidak diwakili peguam.

Tertuduh yang ditemani isterinya membuat pembayaran denda tersebut selepas prosiding mahkamah selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI