fbpx

Tidak sedarkan diri akibat kurang garam dalam darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSYAHIDA (kanan) bersama anak-anak menemani mereka yang terlantar di rumah mereka di Kampung Padang Siam, Tanah Merah baru-baru ini.

TANAH MERAH – Seorang wa­nita terpaksa menguruskan keluarga apabila suaminya terlantar selepas diserang strok sejak dua bulan lalu.

Rossyahida Soet, 34, berkata, suaminya, Mohd.Hakimi Aziz, 35, sebelum ini bekerja sebagai pemandu jentolak kini tidak dapat mencari rezeki ekoran terlantar.

Katanya, dia bekerja sebagai guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain kini terpaksa membuat pelbagai kuih untuk dijual di kedai makan milik ibunya tidak jauh dari rumahnya.

“Hasil jualan kuih boleh tampung belanja kerana suami me­nerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan.

“Setiap bulan perlu mem­belanjakan RM1,500 untuk membeli barang keperluan suami termasuk lampin pakai buang, ubat-ubatan dan susu khas berharga RM105 setin.

“Saya juga perlu membawa suami berjumpa dengan pakar neurologi di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian setiap sebulan,” katanya di Kampung Padang Siam di sini baru-baru ini.

Katanya, pada mulanya suami hanya mengalami sakit tumit kaki dan menjalani pemeriksaan di HTM dan doktor memaklumkan dia mengalami kekurangan garam dalam darah.

“Selepas beberapa hari ketika berada di rumah, suami tiba-tiba tidak sedarkan diri sehingga terpaksa ditahan di HTM kerana ada pendarahan dalam kepala. Sejak itu dia tidak boleh bercakap,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubu­ngi Rossyahida di talian 011- 695 65671 atau terus menyalurkan bantuan ke akaun Bank Islam 03054020689152.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI