fbpx

Terbuka Malaysia: Ee Yi-Yew Sin pamer kebangkitan dramatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EE YI (kanan) dan Yew Sin meraikan kejayaan mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia selepas menewaskan Fajar-Rian di pusingan pertama sebentar tadi. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Kekalahan set pertama langsung tidak menjejaskan fokus beregu lelaki profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin apabila bangkit mencatat kemenangan pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025.

Pada perlawanan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, pasangan No.24 dunia itu terpaksa bermandi peluh sebelum mencatat kemenangan tiga set 15-21, 21-17, 21-13 ke atas beregu Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Kemenangan itu sekali gus menamatkan rentetan kekalahan dialami Ee Yi-Yew Sin di pusingan pertama dalam tiga kejohanan terdahulu pada kejohanan Terbuka Arctic, Terbuka Denmark dan China Masters.

Yew Sin berkata, dia dan Ee Yi langsung tidak memberikan perhatian terhadap soal kalah atau menang memandangkan mereka hanya mahu memperbaiki prestasi musim lalu yang dianggap kian merudum.

“Memang banyak kali kami bertemu dan kami berkawan baik. Dalam gelanggang, memang kedua-dua beregu nak menang tetapi kami bermain lebih tenang berdasarkan keputusan kami yang kurang baik tahun lepas.

“Dalam hati memang nak menang tetapi tidak ada memaksa antara satu sama lain untuk menang. Kami hanya mengeluarkan permainan sendiri, lebih fokus dan jangan fikir soal menang ataupun kalah,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan ketiga berturut-turut Ee Yi-Yew Sin ke atas beregu No.4 dunia itu selepas turut menewaskan mereka pada Terbuka China 2024 dan Kejohanan Badminton Asia 2023.

Menjelang aksi pusingan kedua esok, bekas anak didik Rosman Razak itu akan menanti pemenang perlawanan antara beregu Korea Selatan, Jin Yong-Kang Min Hyuk dan Chen Zhi Ray-Lin Yu Chieh dari Taiwan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI