fbpx

Tengku Maimun hadir Pembukaan Tahun Perundangan 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Maimun (dua dari kanan) ketika hadir pada Pembukaan Tahun Perundangan 2025 di Putrajaya hari ini. Foto oleh Faiz Alif Zubir/Kosmo!

PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hadir pada Pembukaan Tahun Perundangan 2025 di sini sebentar tadi.

Seperti tahun lalu, majlis terulung anjuran Badan Kehakiman Malaysia tersebut diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dalam majlis hari ini, kira-kira 200 orang hadir terdiri daripada hakim, pegawai dan pengamal undang-undang.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk oleh hakim-hakim dengan Tengku Maimun yang juga hakim tertinggi negara paling akhir memasuki dewan.

Sebanyak tiga ucapan utama akan disampaikan oleh Yang Dipertua Badan Peguam Malaysia (juga mewakili Pertubuhan Undang-Undang Sabah dan Persatuan Peguam Bela Sarawak), diikuti Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI