fbpx

Tapir jantan 250 kg mati dilanggar di LPT2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Perhilitan memeriksa bangkai tapir yang mati dipercayai dilanggar kenderaan di KM 289.1, LPT 2 berhampiran Chukai, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seekor tapir jantan dewasa seberat kira-kira 250 kilogram ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan di Kilometer 289.1 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Chukai di sini hari ini.

Bangkai haiwan liar dilindungi itu ditemukan kakitangan LPT 2 pada pukul 9.30 pagi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, tapir tersebut ditemui mati dengan kesan kecederaan di bahagian kepala, dipercayai akibat dilanggar kenderaan.

“Bangkai haiwan terancam itu telah diambil lima anggota Perhilitan terlibat untuk diuruskan dan ditanam di lokasi sesuai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI