fbpx

Suri rumah gagal keluarkan keuntungan RM500,000, rugi RM160,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Kegembiraan seorang suri rumah yang mendapat keuntungan pelaburan sebanyak RM500,000 berakhir dengan kedukaan apabila bukan sahaja tidak dapat mengeluarkan wang keuntungan itu tetapi mengalami kerugian sebanyak RM160,000 akibat diperdaya skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 8 Disember lalu selepas mangsa yang berumur 67 tahun melihat iklan melalui aplikasi YouTube tentang pelaburan saham bernama P Glo Pro.

“Mangsa kemudiannya telah dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp dan mangsa dijanjikan keuntungan yang lumayan.

“Suspek juga telah mengatakan bahawa mangsa akan menerima keuntungan bagi setiap hari dengan pelaburan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa telah memasukkan wang sebanyak RM160,000 dengan tiga kali transaksi ke dua akaun bank yang diberikan oleh suspek.

Katanya, mangsa mula menyedari ditipu setelah suspek meminta mangsamembuat pembayaran lagi bagi menebus keuntungan diperolehi sebanyak RM500,000.

Dalam pada itu katanya berdasarkan siasatan awal mendapati sumber kewangan adalah wang simpanan mangsa.

“Pihak polis kontinjen Pahang menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dan jangan mudah terpengaruh dengan Skim Pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI