fbpx

Suami isteri bersama dua saudara didakwa salah guna baucar RM20,400

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Majistret Shah Alam

SHAH ALAM – Empat bersaudara termasuk sepasang suami isteri dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan baucar pembelian sebuah pasar raya terkemuka lebih RM20, 000 milik seorang wanita.

Pasangan suami isteri itu, Amirul Hakim Muty, 33 dan Siti Sarah Mohd. Ghazali, 31 bersama Nor Izyan Norza, 25 dan Siti Nur Akma Sani Rose, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali.

Berdasarkan pertuduhan, mereka secara bersama-sama dengan tidak jujur menyalahgunakan baucar milik seorang wanita bernilai RM20, 400 dalam sebuah pasar raya terkemuka di daerah ini untuk kegunaan sendiri antara 25 Disember tahun lepas sehingga 3 Januari lalu.

Sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga lima tahun, sebat dan denda mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Alya Zaphfirah Al Zaphni mencadangkan jaminan RM6, 000 setiap seorang bersama seorang penjamin.

Pada prosiding mitigasi, Peguam Tabian Tahir memohon jaminan antara RM2, 000 hingga RM2, 500 ekoran Amirul hanya bekerja di syarikat kurier dan perlu menanggung Siti Sarah dan dua anak mereka masing-masing berusia 3 bulan dan 3 tahun.

“Tambahan, Siti Sarah juga masih menyusui badan dengan kedua-dua anak tertuduh kini dijaga ibunya.

Permohonan pengurangan jaminan turut dipohon Peguam Ainul Farihah Azizi terhadap Nor Izyan dan Siti Nur Akma yang masing-masing telah berkahwin dan mempunyai anak.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM4, 000 setiap tertuduh bersama seorang penjamin dengan sebutan semula kes ditetapkan 15 April depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI