PETALING JAYA – Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) boleh dibuat bermula 13 Januari 2025 iaitu pada Isnin ini.
Pengerusinya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semakan berpandukan Ujian Kemasukan Ke MRSM (UKKM) ituadalah bagi pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4.
“Semakan tawaran kemasukan ke MRSM berpandukan ujian UKKM untuk tingkatan 1 dan 4 akan mula diumumkan hari Isnin, 13 Januari 2025.
“Insya-Allah MARA akan berkongsi pautan untuk pelajar-pelajar dan ibu bapa membuat semakan keputusan tawaran,” katanya dalam satu pengumuman di Facebook sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE.