fbpx

Sahak Gangster formula ‘popcorn movie’ Ahmad Idham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Idham kembali dengan filem aksi komedi berjudul Sahak Gangster. – FIRDAUS JOHARI

SELEPAS sekian lama tidak menghasilkan filem aksi komedi, pengarah terkenal, Dr. Ahmad Idham kini kembali menggeletek hati penonton di pawagam menerusi Sahak Gangster.

Menurutnya, naskhah yang sudah menjalani penggambaran pada awal 2022 tersebut mempunyai kelainan berbanding beberapa filem genre sama yang pernah dihasilkannya sebelum ini.

“Sahak Gangster ini saya sudah buat lama, iaitu sekitar awal 2022. Sejujurnya saya sangat risau adakah naskhah ini mampu beri nilai hiburan kepada penonton.

“Namun, selepas melihat respons penonton bermula minit pertama sehingga terakhir pada hari tayangan gala, saya boleh buang kerisauan tersebut,” katanya.
Ahmad Idham mengakui berdebar menantikan reaksi penonton terhadap naratif Sahak Gangster yang dipadatkan dengan elemen ‘plot twist’.

“Kalau ikuti karya-karya saya sebelum ini memang sarat dengan babak aksi tetapi adakalanya penonton tidak dapat rasa apa yang saya nak sampaikan.

“Namun, untuk filem ini saya campak banyak ‘plot twist’ pada penghujung cerita yang penonton tak terfikir langsung.

“Melihat respons penonton, saya rasa syukur sebab sudah lama tidak rasa ‘vibe’ itu seperti zaman kegemilangan filem Adnan Sempit dan Jangan Pandang Belakang Congkak,” jelasnya.

Berkongsi lanjut tentang naskhah idea asal Aloy Paradoks itu, dia berkata, tema utama yang diangkat kali ini adalah nilai kekeluargaan.

“Saya lihat sudah lama tidak ada ‘popcorn movie’. Setakat filem gengster dengan babak letupan dan tembak-menembak bukan perkara asing tetapi saya mahu tekankan mesej di sebalik jalan cerita.

“Kalau tengok filem ini, semuanya tentang keluarga dan pengorbanan seorang ayah untuk anaknya. Nama filem memang garang tetapi hakikatnya berkisarkan tentang kekeluargaan,” ujarnya lagi.

Pilihan tepat

Bercerita tentang pemilihan Hariz dan Nelissa sebagai teraju utama, Ahmad Idham yakin dua pelakon muda itu mampu memberi impak kepada filem tersebut.

“Secara jujur, saya tak kenal pun mereka yang ketika itu sangat baharu dalam industri.

“Selepas diperkenal oleh pengurusan masing-masing dan menjalani proses uji bakat, mereka adalah pilihan tepat untuk watak Sahak dan Suriani

“Kedua-duanya menjiwai karakter dengan baik, ditambah dengan kehebatan pelakon lain seperti Yana Samsudin, Usop Wilcha, Mamak Puteh, Razak Ahmad dan Chiwan Raja Lawak,” kongsinya.

Menariknya, Ahmad Idham turut menyelitkan elemen parodi daripada filem-filem lain dalam naskhah berkenaan.

“Tujuan saya guna elemen ‘spoof’ adalah sebagai penambah rasa dan contoh terbaik ialah saya ambil Yan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI