fbpx

‘Raja ular’ dipatuk tedung berisiko hilang lengan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUTEE dirawat di sebuah hospital selepas dipatuk ular. - Foto Khaosod

BANGKOK – Seorang penangkap ular terkenal di Krabi dipatuk seekor ular tedung, menyebabkan dia berisiko kehilangan lengannya, lapor laman berita Thaiger hari ini. 

Sutee ‘Bung Cha’ Naewhat, 40, kini berada dalam keadaan serius dan dirawat di sebuah hospital. 

Kisah Sutee dipatuk reptilia itu mendapat perhatian orang ramai kerana dedikasinya membantu orang lain sejak 17 tahun lalu.

Teman wanita Sutee berkata, kejadian itu berlaku pada 24 Disember tahun lalu. 

Sutee diminta datang ke rumah saudaranya di Khao Thong, daerah Mueang, wilayah Krabi untuk menangkap seekor ular yang ditemui di dalam kediaman tersebut.

Semasa cuba menangkap ular itu dengan peralatannya, Sutee dipatuk pada lengannya dan dia segera dibawa ke sebuah hospital. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI