fbpx

Piala ACC: Terengganu FC pamer aksi ‘lima bintang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Safawi Rasid (kanan) meraikan jaringan bersama rakan-rakan sepasukan pada aksi sebentar tadi. - Foto ihsan Asean United

PETALING JAYA – Wakil Malaysia, Terengganu FC (TFC) mempamerkan aksi lima bintang untuk meraih kemenangan pertama dalam saingan Kejuaraan Kelab Asean (ACC) selepas menewaskan Shan United 5-0 pada aksi Kumpulan A sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Thuwunna, Yangon itu, skuad Sang Penyu bermula garang apabila meraih gol pertama hasil ledakan Safawi Rasid menerusi sepakan penalti seawal minit ke-11.

Momentum cemerlang skuad TFC diteruskan apabila pemain import, Manuel Ott menambah jaringan kedua selepas menjaringkan gol menarik pada minit ke-25.

Pasukan tuan rumah bertambah malang apabila pertahanan, Zwe Htet Min menjatuhkan Engku Nur Shakir Engku Yacob dalam kotak penalti sekali gus dilayangkan kad merah pada penghujung babak pertama.

Kesempatan itu digunakan oleh Akhyar Rashid yang diberi tanggungjawab untuk menyempurnakan sepakan penalti untuk meraih keputusan 3-0 pada 45 minit pertama.

Bersambung pada babak kedua, TFC terus garang apabila Ott menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-64 sebelum Akhyar melengkapkan malam gemilang pasukan pelawat dengan gol kelima berselang enam minit kemudian.

Shan United dilihat semakin tertekan apabila seorang lagi pemain pertahanan, Zwe Khant Min turut dilayangkan kad merah pada minit ke-77 tetapi keputusan 5-0 kekal sehingga wisel penamat.

Kemenangan itu menyaksikan TFC mengutip empat mata selepas tiga perlawanan, manakala Shan United kekal di kedudukan tercorot tanpa sebarnag mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI