PETALING JAYA – Beberapa perkhidmatan perbankan Maybank tidak dapat diakses selama tiga jam bermula pukul 3 pagi hingga 6 pagi pada Sabtu ini.
Maybank menerusi kenyataan berkata, ia berikutan penyelenggaran sistem berjadual mereka yang dijalankan pada hari berkenaan.
Katanya, antara perkhidmatan terlibat adalah web Maybank2u, aplikasi MAE dan Maybank2u Biz (web dan aplikasi).
“Bagi mengelakkan sebarang gangguan sepanjang tempoh tersebut, Maybank menyarankan pengguna untuk merancang atau menyelesaikan urusan transaksi lebih awal,” katanya hari ini.
Katanya, untuk maklumat lanjut atau bantuan, pengguna boleh menghubungi Maybank melalui [email protected] atau di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara). – KOSMO! ONLINE