fbpx

Penerbangan antarabangsa kembali beroperasi di Damsyik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang mengibarkan bendera Syria di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik semalam. - Foto AFP

DAMSYIK – Penerbangan antarabangsa disambung semula di Lapangan Terbang Antabangsa Damsyik semalam buat kali pertama sejak kumpulan pemberontak menggulingkan rejim bekas Presiden, Bashar al-Assad pada bulan lalu, lapor laman berita Arab News.

Seorang wartawan agensi berita AFP melihat sejumlah penumpang yang tiba dari Qatar bersorak, manakala sebilangan lagi menyelubungi badan dengan bendera kemerdekaan Syria.

“Hari ini (semalam) menandakan permulaan baharu.

“Kami mengalu-alukan penerbangan antarabangsa keluar dan masuk,” kata pengarah lapangan terbang tersebut, Anis Fallouh kepada AFP.

Penerbangan komersial Qatar yang pertama dalam tempoh hampir 13 tahun mendarat di Damsyik sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan).

Sebuah penerbangan Syrian Airlines menuju ke Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berlepas kira-kira pukul 11:45 pagi (waktu tempatan), menandakan penerbangan komersial antarabangsa pertama dari lapangan terbang itu sejak 8 Disember tahun lalu. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI