fbpx

Ajal pekerja kilang kemalangan dengan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan membabitkan sebuah treler dan motosikal yang menyebabkan penunggang maut di Jalan Titi Karangan-Baling,berdekatan lampu isyarat kilang Kulim Logistic Hub, semalam.

KULIM – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah treler di kawasan lampu isyarat di Jalan Titi Karangan-Baling, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, mangsa, Ahmad Syamil Alif Ahmad Sazali yang berasal dari Gerik, Perak cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, sementara pemandu treler berusia 45 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 135LC datang dari arah Kuala Ketil menghala ke Kulim, manakala treler terbabit dari arah Kulim.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dipercayai meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat berwarna merah sementara treler terbabit pula sedang membelok masuk ke kanan kerana lampu isyarat bertukar hijau,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI