fbpx

OKU tercampak langgar penutup lurang kabel di jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zizi Azmi menunjukkan penutup lurang kabel itu di Jalan Sekendi berdekatan Taman Air Manis, Sabak Bernam, hari ini sehingga menyebabkan kecederaan pada tubuhnya (gambar kecil). Foto oleh SKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

SABAK BERNAM – Malang menimpa seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) apabila tercampak selepas motosikal ditunggangnya melanggar penutup lurang kabel yang terjungkit di Jalan Sekendi berdekatan Taman Air Manis di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu mengakibatkan mangsa, Zizi Azmi Zainal Azami, 39, cedera di tangan, bahu dan lutut kanan.

Menurut Zizi yang juga OKU lebam, ketika kejadian dia sedang menuju ke tempat kerja sambilannya di sebuah pusat cuci kenderaan di Bagan Nakhoda Omar.

“Sewaktu menunggang motosikal, saya tidak perasan penutup lurang itu terkeluar dalam keadaan terjungkit. Perlanggaran itu menyebabkan saya tercampak dan terjatuh tiga meter dari lokasi berkenaan. Syukur masih bernyawa,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, penduduk, Khairi Jamil, 50, meminta pihak berkaitan mengambil tindakan segera ekoran ini adalah kejadian kali ketiga.

“Ia turut melibatkan penunggang motosikal namun berlaku pada waktu malam dan laluan itu gelap kerana tiada lampu jalan. Kita tidak mahu ada nyawa terkorban baru diselesaikan masalah itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI