fbpx

Muay Thai cara terbaik lepas tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran yang dikongsikan PHM di Facebook berhubung Muay Thai.

PETALING JAYA – Seni mempertahankan diri Muay Thai kini mendapat tempat di kalangan wanita untuk meningkatkan kecergasan fizikal, mengurus tekanan dan mempelajari kemahiran mempertahankan diri.

Menurut Public Health Malaysia (PHM), latihan intensif yang dilakukan semasa sesi Muay Thai seperti menendang dan menumbuk bukan sahaja membantu membakar kalori, tetapi juga membentuk otot dan meningkatkan stamina.

“Aktiviti fizikal ini juga mampu bantu redakan stres dan tingkatkan keyakinan diri. Tak ada yang lebih memuaskan selain lepaskan tekanan sambil mempelajari teknik baru,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

PHM berkata, dalam dunia yang penuh cabaran, Muay Thai turut menjadi pilihan wanita untuk mempersiapkan diri menghadapi situasi berbahaya.

Katanya, seni mempertahankan diri ini mengajar teknik praktikal yang berkesan dalam mempertahankan diri.

“Dalam dunia yang penuh cabaran, wanita perlu tahu mempertahankan diri.

“Aktiviti mempertahankan diri ini adalah gabungan sempurna antara kecergasan fizikal dan mental, menjadikannya pilihan ideal untuk wanita yang mahu menjaga kesihatan, keselamatan dan keyakinan diri,” ujarnya.

Jelas PHM, ia bukan hanya latihan, tetapi juga cara hidup yang memupuk kekuatan, disiplin dan ketenangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI