fbpx

MOTAC batal lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn. Bhd.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn. Bhd. berkuat kuasa Isnin lalu (6 Januari).

Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC, Datuk Roslan Abdul Rahman berkata, pembatalan berkenaan adalah selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], MOTAC telah memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn. Bhd.

“[199101018586 (228897-D)] (“Syarikat”) dengan nombor lesen 2992 berkuat kuasa mulai 6 Januari 2025,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah MOTAC, pihaknya memandang serius sebarang perlanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen.

“Ia demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia Madani,” tambah kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI