PETALING JAYA – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memaklumkan seorang lelaki yang didakwa membesarkan anak kecilnya seorang diri telah menerima pelbagai bantuan sejak 2022.
Bantuan yang diberikan termasuk kewangan bulanan, deposit rumah dan sewa rumah bagi memastikan kebajikan keluarga itu terjamin.
Malah, dakwaan individu tertentu yang mendakwa lelaki itu telah kehilangan isteri beberapa bulan lalu didapati tidak benar.
Menurut lelaki tersebut, isu tular itu timbul daripada salah faham yang berlaku di stesen minyak ketika dia dalam perjalanan untuk bertemu rakan dan kemudian diputar belit sehingga menimbulkan fitnah.
Bagaimanapun, Baitulmal MAIWP akan membantu bagi mendapatkan kediaman yang lebih selesa serta bantuan tambahan seperti sokongan kewangan akan diteruskan selain masalah kenderaan turut diberi perhatian. – KOSMO! ONLINE