fbpx

Lelaki didenda miliki video lucah dirinya, kekasih dan bapa tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambarb hiasan

REMBAU – Seorang lelaki didenda RM2,000 di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki video lucah dirinya bersama teman wanita dan bapa tiri teman wanitanya.

Lelaki berusia 20-an itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didapati memiliki dua video lucah dirinya dan seorang lelaki berusia 40-an dan seorang wanita berusia 20-an serta satu video lucah bersama wanita yang sama dalam telefon bimbitnya.

Kesalahan itu dikesan pada pukul 1.30 tengah hari, 30 Disember tahun lalu di Pejabat Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan sakit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI