fbpx

Kluivert sah dilantik jurulatih skuad Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lakaran grafik ihsan PSSI

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) mengesahkan kehadiran Patrick Kluivert selaku ketua jurulatih baharu skuad Sang Garuda dengan kontrak sehingga tahun 2027.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Kluivert akan dibantu oleh dua penolong jurulatih, Alex Pastoor dan Denny Landzaat selain tambahan dua jurulatih tempatan yang akan diserapkan kemudian.

“PSSI mengeshakan kehadiran Patrick Kluivert sebagai pengendali baharu skuad Indonesia.

“Pelatih asal Belanda tersebut dikontrak dua tahun bermula 2025 hingga 2027 dengan pilihan untuk menambah tempoh kontrak.

“Kluivert akan tiba di Indonesia pada Sabtu ini dan bakal mengadakan sidang media khas kepada umum pada Ahad nanti.

“Kluivert dijadualkan melakukan debut pertama bersama Indonesia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Sydney menentang Australia nanti,” kata kenyataan tersebut.

Pada Isnin lalu, bola sepak serantau kecoh apabila PSSI membuat keputusan mengejut untuk pecat pengendali dari Korea Selatan, Shin Tae-yong sehingga mendapat kecaman hebat peminat tempatan.

Sebagai rekod, Tae-yong yang pernah membimbing skuad antarabangsa Korea Selatan dilantik menjadi pengendali Indonesia bermula Januari 2020.

Antara pencapaian cemerlang Tae-yong adalah memacu Indonesia layak ke pentas Piala Asia 2023 selain bersaing dalam kempen kelayakan pusingan ketiga Piala Dunia 2026 ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI