fbpx

Kereta bapa pelumba F1 kemalangan, rosak teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ terpaksa akur menarik diri disebabkan kerosakan kereta yang teruk walaupun baru mengharungi pusingan kedua Rali Dakar. – AFP

BISHA – Impian Carlos Sainz untuk mencipta kejutan pada penampilan ke-19 di Rali Dakar berakhir dengan kekecewaan apabila terpaksa bertahan hanya dua peringkat perlumbaan selepas terpaksa menarik diri.

Kenderaan Ford Raptor yang dipandu juara empat kali Rali Dakar tersebut mengalami kerosakan teruk apabila terbalik sewaktu ingin melepasi benteng pasir yang berlangsung selama 48 jam di Bisha, Arab Saudi pada Ahad lalu.

Walaupun kembali ke kawasan rehat dan menamatkan peringkat pada keesokannya, namun pemeriksaan teknikal oleh Persekutuan Automotif Antarabangsa (FIA) pada sebelah malam mendapati struktur roll cage pada kenderaan itu dipercayai sudah tidak selamat lagi untuk digunakan.

Pengarah Teknikal FIA memutuskan Sainz tidak dapat meneruskan perlumbaan Peringkat 3 kerana kerosakan pada roll cage yang melebihi had ditetapkan boleh membawa risiko serius sekiranya insiden kemalangan tersebut berulang.

Menurut peraturan, bahagian tersebut tidak boleh diperbaiki lagi dan Ford mengesahkan keputusan untuk menarik diri.

“Akibat kerosakan pada roll cage kenderaan #225 (Carlos Sainz dan Lucas Cruz) semasa kemalangan Pe­ringkat 2 Rali Dakar 2025 dan selaras dengan peraturan FIA, kami memutuskan untuk menarik balik kenderaan tersebut,” kata Ford dalam satu kenyataan.

Ketiadaan Sainz memberi kesan cukup besar kepada Ford kerana mereka bergantung kepada Nani Roma yang turut me­ngalami masalah enjin kelmarin tetapi akan kembali berlumba pada Peringkat 3.

Pelumba terbaik Ford ketika ini ialah Mattias Ekstrom yang berada di tempat kelima dan ketinggalan 13 minit di belakang pendahulu keseluruhan, Henk Lategan (Toyota). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI