fbpx

Kaki bayi 2 bulan tersangkut dalam lubang sinki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan kaki bayi perempuan yang tersangkut di dalam lubang sinki.

KAJANG – Seorang bayi perempuan berusia dua bulan mengalami detik cemas apabila kakinya tersangkut di dalam lubang sinki di sebuah rumah di Taman Seri Tanming, Cheras di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 5.04 petang.

Menurutnya, seramai lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn digegaskan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, komander operasi mendapati seorang bayi telah tersangkut kaki pada lubang sinki dan kerja-kerja mengeluarkan kaki mangsa berjaya dilakukan.

“Mangsa tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pihak keluarga untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI