fbpx

Jatuh sakit kerana kabus misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kabus berbau bahan kimia melanda Massachusetts dan Florida. - Foto robertdunlap947/Fynnderella1/X

WASHINGTON – Kabus tebal berbau seperti bahan kimia menyelubungi sebahagian Amerika Syarikat (AS), menyebabkan ramai percaya bahawa kewujudannya membuatkan mereka jatuh sakit, lapor akhbar Metro UK semalam.

“Baunya seperti selepas anda menyalakan bunga api. Ia sangat pelik dan membimbangkan.

“Ia berbau seperti bahan kimia memasuki kerongkong apabila saya bernafas,” kata David Bamber dalam sebuah video yang dikongsikan di platform TikTok.

Dalam video tersebut, Bamber memaparkan dirinya berjalan melalui kabus tebal di St Petersburg, Florida.

Seorang pengguna TikTok lain menggunakan nama Rusky pula berkata, dia mengalami sakit tekak, batuk, letih dan lesu yang menurutnya adalah berpunca daripada kabus itu.

Sejak ia muncul pada penghujung Disember tahun lalu, ada yang mendakwa bahawa kabus tersebut berkemungkinan senjata kimia digunakan oleh pengganas atau ujian yang dilakukan oleh kerajaan.

Namun, seorang saintis atmosfera di Universiti Washington, Profesor Rudolf Husar menjelaskan bahawa apabila kabus terbentuk, sulfur oksida, oksida nitrogen dan gas pencemar lain diserap oleh titisan air kabus.

“Bau menjadi lebih kuat dalam udara lembap kerana titisan air memerangkap molekul penyebab bau. Ia membolehkannya bertahan lebih lama,” tulisnya dalam artikel untuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA). – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI